hye..musim tudung bawal kembali lagi :)
kami adalah pembekal tudung bawal plain dan 2 tones.
ciri-ciri tudung bawal kami:
-bawal no 2 (tak lembik and tak keras,mudaah dibentuk)
Tips Penjagaan Tudung Bawal
Walaupun cantik, tudung bawal merupakan sejenis kain yang sensitif. Kebanyakan tudung bawal, sama ada dari jepun, kelantan atau mana-mana sekalipun adalah nipis, bergantung kepada jenis kain bawal.
Berikut ialah kaedah penjagaan tudung bawal:
- Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.
- Rendam seketika dengan sesdikit serbuk pencuci yang lembut. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.
- Kalau boleh elak menggunakan softener sebab ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.
- Elakkan 'direct sunlight' supaya ia tahan lebih lama dan warnanya tidak pudar.
- Untuk memastikan batu-batu kristal atau manik kekal melekat, gosok dari sebelah dalam tudung. Lapikkan dengan kain lain pada belakang tudung itu bagi mengelakkan gam batu-batu cair dan melekat pada seterika.
- Simpan tudung dengan menggantung di tempat gantung tudung, atau mengikat di hujung tudung bawal di penyangkut baju.
- Semasa memakai tudung, gunakan kerongsang yang mempunyai pin atau jarum yang masih tajam bagi mengelakkan tudung tersebut berlubang-lubang dan rosak, akibat tersangkut.